ALQURAN BERBICARA
AlQuran telah menyentuh perihal Anatomi dan Fisiologi jauh sebelum masyarakat saintis meneroka kehebatan tubuh manusia. Sebagai contoh catatan pada sistem peredaran darah yang disebut dalam bahasa inggeris sebagai Circulatory System atau Cardiovascular System yang menjurus kepada peranan utama organ jantung pada tubuh manusia.
Firman Allah swt pada surah Qaf ayat 16 yang bermaksud “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” Jelas ayat ini merujuk kepada salah satu dari urat utama dalam sistem peredaran darah yang disebut “Jugular Vein”.
Alhamdulillah kita bersyukur pada hari ini telah ada pelbagai kitab-kitab rujukan dalam ilmu perawatan yang bersumberkan AlQuran dan AlHadith.
ALQURAN berbicara anatomi dan fisiologi jauh sebelum masyarakat saintis meneroka kehebatan tubuh manusia. Sebagimana perawatan bekam itu menjurus kepada perkara yang bersangkutan dengan darah, maka kami mulakan dengan catatan AlQuran pada sistem peredaran darah yg disebut dlm bahasa inggeris sebagai Circulatory System. Ianya juga disebut Cardiovascular System yang menjurus kepada peranan utama organ jantung pada sistem peredaran darah.
SISTEM PEREDARAN DARAH
Beberapa aspek sistem kadiovaskular telah disentuh AlQuran dan AlHadith yang membincangkan kepentingan jantung, darah dan peredarannya dan bagaimana penjagaan keduanya amat diperlukan dalam kehidupan.
Hubungan Allah dengan makhluknya jelas digambarkan pada ayat 16 dari surah Qaf.
VENA JUGULAR
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya “
Ayat diatas merujuk secara langsung kepada salah satu urat yang penting dalam sistem peredaran darah iaitu urat leher atau “jugular vein” yang menjadi sebahagian dari rangkaian vena yang berfungsi membawa darah yang mengandungi kabon dioksida kembali kejantung untuk disegarkan semula dengan oksigen dalam proses pernafasan di paru-paru.
Setelah AlQuran menyentuh URAT VENA, Allah SWT melengkapakan sistem peredaran darah dengan menyentuh satu lagi urat utama iaitu ARTERI yang menjadi sebahagian dari rangkaian utama yang disebut AORTA pada ayat 44-46 dari surah yang ke69 AlHaqqah.
Perkataan “Al-Watin” pada ayat ini telah diterjemahkan kepada beberapa makna yang kesemuanya terjurus pada maksud yang sama iaitu “AORTA”, yang merupakan “nadi kehidupan”. Disini kita dimaklumkan oleh Allah SWT akan fungsinya aorta dan rangkaian arteri yang menjana kehidupan manusia kerana sekiranya terputus rangkaian ini maka kematian akan menyusul hampir dengan serta-merta.
Mari kita teliti bentuk organ Jantung pada gambar sisipan. Kita akan dapati ada tiga cabang pada aorta sejurus selepas meninggalkan jantung. Sekiranya kita bayangkan jantung sebagai pusat rezeki dan peredaran darah sebagai sebuah kenderaan, persimpangan pertama yang akan dilalui oleh kenderaan darah ini ialah bahagian kepala dan juga kedua belah “sayap’ tubuh yang merangkumi bahu dan kedua belah tangan yang disebut dalam istilah anatomy sebagai "UPPER EXTREMITIES"
ARTERI AORTA
وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ ٤٤ لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ ٤٥ ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِين ٤٦
SISTEM INTEGUMENTARI
KULIT adalah organ yang terbesar pada tubuh manusia yang berperanan antara lain menjadi batas pelindung organ-organ dalaman dari terdedah pada mikro organisma dari persekitaran luar.
Kulit juga merupakan satu agen ‘sensori’ dimana apa jua yang berlaku keatasnya akan dapat dirasakan melaui jaringan sensori dan saraf yang memberi isyarat kepada otak untuk tindakan selanjutnya.
Apakah bicara ALQuran tentang kulit? Firman Allah pada ayat 56 surah An-Nisa’ memberitahu bahawa reseptor deria rasa sakit pastinya terdapat pada kulit yang menjurus kepada cabang anatomi yang disebut sistem Integumentari.
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap kali KULIT mereka hangus, Kami gantikan untuk mereka KULIT yang lain supaya mereka merasa azab sengsara dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’ 56)
Pada ayat 23 surah Az-Zumar dikhabarkan bahawa adanya semacam deria rasa pada kulit ketika wujudnya rasa ketakutan atau keresahan sepertimana kita kadangkala menyebut “berdiri bulu roma”. Kadangkala kita merasakan seperti ada rasa tusukan pada kulit dan juga rasa seperti ada semut bergerak dipermukaan kulit. Demikianlah beberapa sifat kulit yang bertukar mengikut kewujudan sensori yang menyentuh perasaan atau saraf. Sentuhan pada kulit juga dapat merangsang saraf selari dengan cara sentuhan dilakukan.
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
Az-Zumar 23
Kulit juga dikhabarkan mempunyai kuasa menyimpan memori data yang akan dikeluarkan kembali pada Hari Kiamat nanti seperti mana difirmankan pada ayat 19-21 surah Fussilat.
وَيَوْمَ يُحْشَرُ أَعْدَاءُ اللَّهِ إِلَى النَّارِ فَهُمْ يُوزَعُونَ ١٩ حَتَّى إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ٢٠ وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ٢١
(19) Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke Neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing. (20) Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (21) Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
Fussilaat 19-21
Tiga potong ayat ini memberi bayangan bahawa kulit yang menjadi pelindung tubuh kita akan menjadi saksi diHari Kiamat nanti. Sekiranya kita mendalami ilmu DNA dan kaitannya pada kulit kita akan sedikit sebanyak mendapat pencerahan.
Pada pertengahan tahun 2007 majalah “Neuroscience” telah menerbitkan satu kajian saitifik terhadap kulit dimana mereka mendapati wujudnya sel yang mengandungi molekul CaMKII yang bertanggungjawab dalam menyimpan ‘memori’.
Walaupun kajian tersebut masih belum diterima secara mutlak oleh masyarakat saintis namun AlQuran sudah memberi bayangan kebenarannya.
SISTEM SARAF DAN SENSORI
OTAK merupakan organ yang mengenderai dan mengawal tindak tanduk seluruh tubuh dimana terapat pemusatan rangkaian saraf menjadikannya seperti pusat kawalan utama. Dari sudut anatomi, otak terbahagi kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian memainkan peranan yang berbeza dalam pengaturan tindak tanduk perbuatan dan gerakan. AlQuran menyentuh dengan amat halus perihal bahagian otak yang bertanggungjawab untuk merancang, motivasi, dan membuat pilihan melakukan antara yang baik dan yang sebaliknya. bahagian ini disebut “Frontal Cerebral Cortex” atau “Frontal Lobe”.
كَلّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَنْ بِالنَّاصِيَةِ ۱۵ نَاصِيَةٍ
كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ ۱۶
(15) Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); (16) Ubun-ubun yang berdusta, yang bersalah.
Al-‘Alaq 15-16
Pada ayat 15-16 surah Al-‘Alaq. Allah SWT menyebut kalimah “An-Naasiyah” yang bermaksud bahagian depan otak atau Frontal Lobe. Terjemahan bahasa melayu ialah ‘UBUN-UBUN’ yang juga menjurus kepada bahagian otak yang sama. Menariknya, pada ayat 16 Allah SWT menyebut “UBUN-UBUN YANG BERDUSTA DAN BERSALAH” dimana dinisbahkan perbuatan dusta dan salah itu langsung kepada organ tubuh dan bukan kepada pelakunya.
Betapa tepatnya panggilan tersebut, dimana diantara fungsi “Frontal Cerebral Cortex” ialah mengawal membuat keputusan memilih di antara yang baik dan yang buruk, juga membuat pilihan untuk berkata benar atau berdusta.
Semuga kita menjadi perawat yang berilmu, berteraskan AlQuran dan AlHadith.
“Ya Allah kurniakanlah kepada kami Ilmu yang bermanfaat dan berikanlah kami kefahaman”.