Stacks Image 43526
Stacks Image 43522

APAKAH ITU KULIAH ONLINE BKAF?


Kuliah online Telegram adalah kuliah yang dijalankan secara online dalam applikasi TELEGRAM MESSENGER yang boleh dimuat turun pada telefon mudah alih dan komputer/laptop.

Pengisian kuliah adalah dalam ilmu asas Anatomi dan Fisiologi serta diselitkan dengan cebisan cabang sains yang lain seperti patologi dan patofisiologi yang terkait dengan perubatan tradisional dan komplimentari seperti bekam dan urutan. Juga akan diadakan Tazkirah dari masa kesemasa yang berkaitan dengan AlQuran dan AlHadith khususnya yang berkaitan dengan dunia sains perubatan dan keadaan semasa.

Kuliah dibuka kepada semua pengamal perubatan tradisional dan komplimentari yang tidak mempunyai asas dalam bidang perubatan konvensional. Para doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan, fisioterapis dan individu yang sudah mempunyai asas perubatan konvensional tidak diterima untuk mengikuti kuliah.

SYARAT KEMASUKAN KULIAH ONLINE BKAF
  1. Lulus ujian kemasukan secara online.
  2. Mempunyai emel yang sah dan talian internet yang mantap
  3. Mempunyai SMARTPHONE yang ada Applikasi QR Code Reader atau QR Code Scanner yang boleh dimuat turun secara percuma diPlaystore atau AppsStore
  4. Gambar profil pada applikasi Telegram mesti memaparkan wajah sebenar dan bukan gambar selain pemilik akaun sahaja.

RANGKA KULIAH

1. Dalam bentuk MODUL dari Modul 1 hingga Modul 12.
2. Terdapat peperiksaan diakhir setiap modul. Pelajar perlu lulus dalam peperiksaan untuk jaminan mara ke modul seterusnya.
3. Tugasan bertulis dari masa ke semasa dan perlu dikemukakan dalam masa yang ditentukan melalui emel.
4. Hadhir pada setiap sesi online dengan minima 75% dari jumlah keseluruhan sesi online pada setiap modul. Kegagalan memenuhi syarat ini akan menjejas untuk mara pada modul seterusnya. Pelajar diperlukan mendapat keizinan untuk dikecualikan daripada menghadhiri sesi dengan alasan yang munasabah untuk dipertimbangkan oleh pihak Admin.
5. Sistem 'Mata Demerit' (MD) akan digunakan utk mengukur pencapaian setiap pelajar seperti:-
    • Kegagalan utk menghabiskan tugasan dalam masa yang diberikan
    • Tidak hadir pada sesi kuliah berterusan tanpa memberi penjelasan dan mendapat kelulusan dari pengetua/admin
    • Berkelakuan kurang sopan didalam bilik kuliah
6. Tiada yuran dikenakan kecuali jika ada bahan-bahan percetakan atau alat-alat yang diperlukan dimana akan dikenakan pembayaran yang memadai dengan keperluan tersebut.
7. Pelajar boleh digugurkan dari kursus oleh penganjur atas sebab-sebab disiplin yang diputuskan oleh pihak Admin. Keputusan Admin adalah MUKTAMAD.

PERHATIAN
Buat masa ini permohonan untuk menjadi pelajar belum dibuka lagi.
Namun jika anda berminat untuk mengetahui Anatomi dan Fisiologi anda boleh menjadi ahli kumpulan Facebook KOMUNITI BKAF dimana anda akan dapat berinteraksi dengan pelajar semasa juga mantan pelajar Kursus Online Anatomi & Fisiologi.

Sila ketik pada butang dibawah ini untuk memohon menjadi ahli kumpulan Facebook Komuniti BKAF.

GROUP FACEBOOK KOMUNITI BKAF